h

h

Wednesday, 1 October 2014

SHAKLEE dan NONA ROGUY

SHAKLEE vs NONA ROGUY


Kali ni mama nak cerita mengenai pengalaman mama sendiri menggunakan produk Shaklee dan Nona Roguy sebagai set berpantang :-)
(Nampak sangat mama ni suka cuba macam-macam kan? Hehehe)

Semasa mengandung anak pertama mama memang amalkan supplement Shaklee sebab last minit tahu kene ambik set berpantang.. Hahaha...turukkan mama? Mengandung tahu, pasal besalin tak tahu. Itu pun nasib baik kawan-kawan tanye masa nak dekat-dekat due. 'Ko ambik set berpantang ape?'
Dengan selamba jawab "tengah cari-cari lagi mane sesuai"...ok sebenarnya mama tak tahu pun kene pakai set pantang ni. So, terus cari info pasal set pantang dan paling banyak 'review post pasal shaklee' "ok, mama pilih Shaklee". dan bersalin la dengan selamatnya selepas itu.


Semasa berpantang mama mempunyai tahap kecergasan yang menakjubkan. Chewah!!! mane taknya, mak mama siap soud "ko ni time pantang berjalan sebatu, tak reti duk diam ke? orang pantang duduk je kepit kaki taw!!" mama hanya gelak jer dengar mak buat lawak sambil jawab balik "ala mak...dulu kan angah juara lari laju sekolah rendah dulu",,,menjawab je keje nye.hihihihi..kes 14 tahun lepas lari laju pun boleh kire mase skrg ke? hihihi.. MAMA BERPUAS HATI DENGAN SHAKLEE!!!!

Setahun kemudian...(mama kan anak setahun sorang)..anak kedua mama ade mase lama sikit tuk cari-cari produk berpantang yang lain. Antara komen yang memuaskan adalah Nona Roguy.


So mama pun beli satu set bersalin Nona roguy + Shaklee jugak. Shaklee boleh dimakan sebaik sahaja bersalin manakala Nona roguy mama tak pasti tapi mama makan lambat sikit sebab takut anak juandis. Pada mama bestnyer set Nona Roguy ni ialah Phytonatal. Phytonatal ni kene makan pagi-pagi sebab selepas itu anda akan merasa sakit perut bila-bila masa sahaja. Kalau makan malam, tengah malam ler menuju ke toilet.hihihi.. mama menghadapi sembelit selama hampir 2 minggu selepas bersalin.(anak pertama tak kene cmni pulak) Memang sakit kepala sangat sebab tidak boleh membuang, sakit pada jahitan bawah menyebabkan takut untuk meneran.Selepas mama makan phytonatal Nona Roguy ni semua terkeluar dengan jaya nya...syukur.. Sayang Phytonatal ketat2. Boleh slim mama sebab hari-hari membuang.Tapi set ni mama tak guna semua. Mama jenis nak senang sebab anak sulung masih kecik lagi tak sempat la nk berlulur, merebus air bagai..telan ubat je sempat. Bagi mama minyak dia pun tak berapa panas (mama suka letak krim halia bara yang panas kt perut). Nasib baik ambik supplement shaklee jugak, badan kekal cergas.Berjalan sebatu!!! (bak kate emakku) :-P 

untuk maklumat lanjut boleh
Email shahfazlia@yahoo.com
sms/Wassap 013-6289681
SID 1100993


ESP MURAH !!!

ESP PROMOSI LAGI !!!!


Memang terbaik ESP ni...boleh digunakan bersama-sama supplement shaklee yang lain dengan pelbagai  manfaat!!!




JOM BERUSAHA KEARAH LEBIH BAIK!!!

untuk maklumat lanjut boleh
Email shahfazlia@yahoo.com
sms/Wassap 013-6289681
SID 1100993


Sunday, 28 September 2014

Susu Ibu Meriah dan Demam Susu

Ade tak ibu-ibu pernah dengar istilah Demam susu?

"Ishk, ade ke demam susu?"

"Aku selalu dengar demam panas, demam campak, demam denggi dan sewaktu dengannya la...ape plak demam susu ni?"

" Teruk sangat ke demam susu ni? Ape simptom dia?"

Sebelum ni mama pernah dengar orang tua-tua cakap kalau susu banyak sangat boleh kene demam susu. Tapi mama tak pernah kene sehingga...

Semasa berpantang anak pertama susu mama memang tak berapa nak meriah, jadi mama pun berusaha mencari info untuk banyakkan susu badan semasa mengandungkan anak kedua dan mama pun jumpa la produk 'milk booster ' ni


ESP + ALFALFA COMPLEX
Semasa mama berpantang anak kedua, mama pun mengambil ESP+ Alfalfa bagi menambahkan susu badan bersama-sama set berpantang shaklee yang lain. Hasilnyer susu badan mama memang meriah sangat. Baby Nadirah pun tak larat nk minum banyak-banyak. ESP ni, boleh pekatkan susu badan dan bagi baby cepat kenyang.

Oleh kerana baby Nadirah dah kekenyangan sangat, dia pun dah xlarat nak kosongkan susu badan mama ni. Janji baby kenyang dia pun tidur lena...

Mama plak happy sangat sebab baby tak meragam. Tp... oleh kerana susu mama terlampau melimpah ruah sehingga bengkak cik B, mama pun mula rase sakit kepala yang amat sangat, badan mula panas, tak larat bangun, rase nak marah-marah..huhuhu. "Haaaa...kene demam susu la ni..." kata emakku.

"Eh, cmni ke demam susu mak?". Tp mmg cik b ni rase berat sangat la...sakit urat cik b sampai tarik ke kepala. Dasyat gk ek demam susu ni.

Ok...oleh kerana baby Nadirah dah kenyang, mama pun kene pikir cara lain nak kosongkan cik b ni. Jadi solution nyer...guna brestpump :-)

Ok...hasilnyer memamg memuaskan...dalam pantang dah boleh simpan stok susu sebelum bekerja semula...Alhamdulillah...yahoooo!!!!


untuk maklumat lanjut boleh
Email shahfazlia@yahoo.com
sms/Wassap 013-6289681
SID 1100993



Tuesday, 2 September 2014

Sakit pinggang dan kekejangan kaki

Mengandung setiap tahun :-P

Sepanjang mengandungkan anak sulung, lia tak alami masalah alahan yang teruk. Syukur Alhamdulillah, makan selera sangat, boleh uruskan rumah tangga, boleh siapkan bekal tuk suamiku dari awal pregnant hingga hari terakhir sebelum bersalin :-)

Yoko-Yoko VS Mesin Urut Pinggang
Tapi yang lia xleh tahan sepanjang mengandung lia kerap sakit pinggang. Usia kandungan 5 bulan keatas lia kerap kekejangan kaki terutama pada waktu malam. Lia cuba petua tinggikan sikit kaki( xtaw berkesan ke tak sbb masih kejang. kot2 tidur ganas kaki jatuh balik dari alas bantal). Suamiku siap belikan 'YOKO-YOKO' pakai dekat rumah dan bekal dekat opis. Nak pakai mesin getar kt pinggang tu takut plak effect ape-ape kt baby. Jadi Yoko-yoko penyelamat sementara setiap kali sakit pinggang dan kaki.

Tungku?
Dalam pantang mak mentua yang jaga lia. Lia mengadu sakit pinggang dan kaki kt MIL. MIL pn import Tunku dari aloq staq. Alamaakkk... I keturunan banjar tak pandai bertungku-tunggu ni.Huhuhu... MIL ajar cara bertungku, setiap kali nak guna MIL akan panaskan tungku. Letak pada tempat yg sengal n sakit ok la...lega. Tp leceh skit la nk kene bertungku ni. cq tak pandai :-p
Cmni la rupa tunggku MIL bwk dari Kedah.
Beratttt


Setahun kemudian... (Mengandung Lagi!!!)

Merawat sebelum sakit

Pengalaman sakit dan sengal-sengal badan sebelum ni mmg kalau boleh dh tak nak lalui. Mengandung + ade baby yg baru 6 bulan mmg perlukan kekuatan supermama. Jadi lia cari vitamin yg boleh atasi masalah lia ni. Dan lia terjumpa satu supplement best ni...Taraaaa



memang best OSTEMATRIX ni.. Sepanjang mengandung kali kedua mmg lia xde kejutkan suami dah malam2 tuk urutkan kaki yang kekejangan. Pinggang pun dh tak sakit-sakit. Semasa berpantang pun sangat selesa. Tidak perlu sentiasa bertungku (mak sendiri yang jaga mane la dia pandai bab tungku ni)

Antara Kelebihan Ostematrix ni :

  • Menguatkan tulang
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
  • Kandungan Vitamin D penting untuk ibu hamil dan kanak-kanak untuk penyerapan kalsium
  • Meringankan stress
  • Memperbaiki hiperaktiviti perut & sakit gastrik
  • Membantu masalah haid

untuk maklumat lanjut boleh
Email shahfazlia@yahoo.com
sms/Wassap 013-6289681
SID 1100993

Friday, 29 August 2014

Harga Set Pantang

SET BERPANTANG SHAKLEE


SET PANTANG


SET ASAS 

VITALEA
Multivitamin dan multimineral yang membekalkan 28 jenis nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Ia mengandungi Beta Karotena untuk pemulihan dan perkembangan tisu; kalsium,, fosforus dengan vitamin C & D untuk kesihatan tulang dan penyusuan; Biotin dan Panthotenic Acid untuk metabolisma lemak dan Vitamin B12 untuk pembentukan sel darah merah. Maklumla ibu baru bersalin pasti banyak kehilangan darah

B COMPLEX
B Complex lengkap dengan 8 jenis vitamin B untuk kesihatan sarafs dan juga anti-stress. Ibu baru bersalin biasanya mengalami sedikit tekanan perasaan yang jika tak dibendung boleh membawa kepada meroyan. Berada dalam keadaan tertekan juga boleh memberi kesan kepada susu badan.

VITAMIN C
Vitamin C penting dalam penjagaan kolagen tubuh. Vitamin C membantu penyerapan zat besi bagi mengelakkan anemia di kalangan ibu baru bersalin. Ia juga penting untuk mencegah selesema.

ZINC
Kekurangan zinc menjadikan luka lambat sembuh, dan ia juga berkait dengan tekanan selepas bersalin. Zinc juga membantu mengelakkan jangkitan pada luka serta mengelakkan rambut gugur.

Ibu yang memilih untuk berpantang dengan set bersalin Shaklee boleh juga mengambil suplemen2 lain seperti

SET TAMBAHAN

ESP
Ibu baru bersalin memerlukan protein untuk membina kembali tisu-tisu dan memulihkan badan selepas selepas bersalin. Protein juga penting dalam penyusuan susu ibu.

OSTEMATRIX
Gabungan kalsium-magnesium-vitamin D dan mineral2 lain bukan saja baik untuk tulang dan gigi malah membantu dalam pembentukan sel darah dan mengelakkan sembelit.

ALFALFA COMPLEX
Digunakan sejak berzaman sebagai milk booster


untuk maklumat lanjut boleh
Email shahfazlia@yahoo.com
sms/Wassap 013-6289681
SID 1100993